Perutusan Pengarah
Sistem pengajaran dan pembelajaran di KPM Ayer Molek disusun dengan teliti dan bersifat holistik yang mana para pelajar dibangunkan dalam pelbagai aspek melangkaui kecemerlangan akademik seperti bakat kepimpinan, kemahiran insaniah dan keutuhan nilai.
Melalui pendekatan ini, kita berhasrat melahirkan warga negara serta bakat kepimpinan masa hadapan yang mempunyai teras nilai yang utuh dalam memacu kecemerlangan dan kemakmuran negara.
Justeru, kita akan terus memperkasakan kecemerlangan melalui perkongsian pintar bersama institusi tempatan dan luar negara, memperkasakan kualiti program, mewujudkan suasana kampus yang kondusif yang diterajui oleh warga kerja yang kompeten.
KPM Ayer Molek akan terus berusaha melahirkan idea-idea baharu yang dalam melahirkan pelajar profesional yang cemerlang yang seterusnya menyumbang kepada pengukuhan status sosio ekonomi Bumiputera.
Sekian.
SAMSIAH BINTI KANDAR
Pengarah
Kolej Profesional MARA Ayer Molek
Melaka