Struktur Program Pengajian
ACCA Foundation in Accountancy (Kod Program : ACCA FIA)

Foundation in Accountancy (FIA) merupakan laluan asas kepada kelayakan profesional Association of Chartered Accountant (ACCA), yang direka khusus untuk lepasan SPM yang berhasrat membina kerjaya dalam bidang perakaunan dan kewangan.

Program ini memberikan asas yang kukuh dalam prinsip perakaunan, pengurusan kewangan, dan etika profesional, selaras dengan kehendak industri dan piawaian antarabangsa. Matlamat utamanya adalah untuk menyediakan pelajar bagi melangkah ke peringkat profesional ACCA dengan lebih yakin dan bersedia.

FIA merupakan platform strategik bagi mencorak hala tuju awal pelajar ke arah menjadi akauntan profesional bertaraf global.

Tempoh pengajian bagi program ini adalah 1 tahun (3 semester).  Pelajar-pelajar yang berjaya menamatkan program ACCA FIA adalah diiktiraf setara dengan Kursus Asas (Foundation).  Medium pengantar adalah Bahasa Inggeris dan dilaksanakan secara sepenuh masa.

Prospek kerjaya dalam bidang ini adalah peluang melanjutkan pengajian di dalam bidang perakaunan professional di bawah Badan Akauntan Berkanun, The Association of Chartered Certified Accountant (ACCA).

Pegawai untuk dihubungi

Rozaida bt Abu Shari
Ketua Program
Kolej Profesional MARA Ayer Molek
Phone: +606 2695881 / +606 2695882
Email: rozaida.abu@mara.gov.my

Log In

Log In

Log In

Nullam quis risus eget urna mollis ornare vel eu leo. Aenean lacinia bibendum nulla sed 

Get 20% Discount

Sign up to receive updates, promotions, and sneak peaks of upcoming products. Plus 20% off your next order.

Promotion nulla vitae elit libero a pharetra augue