Struktur Program Pengajian
Diploma in Business Studies (DBS) - MQA/FA0534
Program ini dibangunkan dengan memberi penekanan kepada pembelajaran terkini secara amali yang sesuai dengan keperluan industri. Antara kandungan program adalah meliputi kemahiran dalam pentadbiran perniagaan, pengurusan sumber manusia dan aplikasi teknologi maklumat dalam menguruskan perniagaan. Program ini juga menumpukan kepada kemahiran numerasi termasuk Matematik Perniagaan, Statistik dan Perakaunan Kewangan. Selain daripada itu, program juga dirancang untuk menghasilkan tenaga kerja yang beretika dan kompeten agar dapat mempraktikkan pengetahuan dalam pelbagai bidang pengurusan. Sejajar dengan visi dan misi MARA, program ini memberi peluang kepada graduan untuk menjadi pengurus yang berjaya dengan mempunyai minda dan nilai keusahawanan yang sentiasa inovatif dan proaktif.
Tempoh Pengajian bagi program ini adalah 2 tahun (6 semester). Program pengajian telah mendapat pengiktirafan dari Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA), medium pengantar yang digunakan ialah Bahasa Inggeris dan dilaksanakan secara sepenuh masa.
Kod Kelulusan MQA : MQA/FA0534
- Introduction to Business
- Business Mathematics
- Principles of Accounting
- Introduction of Information Technology Application and Multimedia
- Business Statistics
- Business Economics
- Principles of Management
- Principles of Marketing
- Introduction to Supply Chain Management
- Consumer Behavior
- Organizational Behavior
- Mandarin Language 1
- English Language Skills
- Public Speaking and Communication
- Pendidikan Islam / Pendidikan Moral
- Pengajian Malaysia 2
- Kokurikulum 1
- Kokurikulum
- Information System for Business
- Sales Planning
- Fundamentals of Cost Accounting
- Entrepreneurial Creativity and Innovation
- International Business
- Business Ethics
- Human Resource Management
- e-Entrepreneurshi
- Business Finance
- Principles of Operation Management
- Occupational Safety and Health
- Asas Perniagaan dalam Islam
- Business Law
- Mandarin Language 2
- Meeting and Interview Skills
- Kemahiran dan Tanggjungjawab Sosial
- Dinamika Islam di Malaysia
Prospek kerjaya di dalam bidang ini adalah seperti Penolong Pegawai Tadbir, Penolong Pengurus, Penolong Pegawai Sumber Manusia, Penolong Pegawai Pemasaran, Penolong Pegawai Operasi, Penolong Pegawai Khidmat Pelanggan, Agen Insuran dan Usahawan.
Pegawai untuk dihubungi
Noor Faiezah bt Yaakup
Ketua Program
Kolej Profesional MARA Ayer Molek
Phone: +606 2695881 / +606 2695882
Email: noorfaiezah@mara.gov.my