Piagam Pelanggan
- Membangun dan melaksanakan Program Pendidikan Tinggi berkualiti dan memenuhi keperluan industri serta menepati piawaian badan pengiktiraf dan badan profesional.
- Melaksanakan kajian pasaran bagi meneroka keperluan pembangunan program pengajian baru.
- Mewujudkan rakan industri untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan.
- Menjamin kualiti pendidikan berterusan di IPMA melalui sistem penilaian yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Majlis Amanah Rakyat (MARA), badan pengiktiraf dan badan profesional.
- Melaksanakan program kokurikulum untuk meningkatkan potensi dan bakat pelajar.
- Membangunkan sahsiah pelajar untuk melahirkan graduan yang holistik, mempunyai nilai keusahawanan dan berketrampilan.
- Menyediakan tenaga kerja yang kompeten, berintegriti dan amanah untuk menjamin penyampaian perkhidmatan yang berkualiti.
- Menyediakan kemudahan infrastruktur dan infostruktur untuk mewujudkan suasana kampus kondusif dan selamat.