Struktur Program Pengajian (Akademik)
Diploma in Accounting (Kod Program : DIA)

Program ini dibangunkan untuk mengembangkan pengetahuan dan kemahiran pelajar melalui pendedahan pengalaman pendidikan yang bersepadu dalam pelbagai disiplin dan sub bidang perakaunan seperti kewangan, percukaian, perakaunan kos & pengurusan, pengurusan, teknologi maklumat, keusahawanan dan perkembangan interpersonal. Pelajar akan dilengkapi dengan kemahiran perakaunan dan pengurusan yang sesuai dengan persekitaran perniagaan bagi membina kerjaya mereka dalam bidang perakaunan yang merangkumi keseluruhan spektrum aktiviti komersial dan kerajaan.

Objektif program ini adalah untuk menyediakan pendidikan perakaunan di peringkat profesional bagi memenuhi permintaan sektor awam dan sektor swasta. Program ini juga dirancang dengan penandaarasan bersama pihak badan profesional perakaunan di Malaysia iaitu Association of Certified Chartered Accountants (ACCA). Pelajar akan dianugerahkan Diploma in Accounting di akhir pengajian.

Tempoh Pengajian bagi program ini adalah 2 tahun (6 semester). Program pengajian telah mendapat pengiktirafan dari Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA), medium pengantar yang digunakan ialah Bahasa Inggeris dan dilaksanakan secara sepenuh masa.

Kod Kelulusan MQA :
 MQA/FA0553

Prospek kerjaya dalam bidang ini adalah seperti Accounting Technician, Accounts Assistant, Accounts Executive Assistant, Accounts Payable atau Accounts Receivable Clerk, Audit Assistant, Accounting Team Supervisor, Finance Executive, Management Trainee dan Taxation Agent.

Pegawai untuk dihubungi

Rozaida bt Abu Shari
Ketua Program
Kolej Profesional MARA Ayer Molek
Phone: +606 2695881 / +606 2695882
Email: rozaida.abu@mara.gov.my

Diploma in Business Studies (Kod Program : DBS)

Program ini dibangunkan dengan memberi penekanan kepada pembelajaran terkini secara amali yang sesuai dengan keperluan industri. Antara kandungan program adalah meliputi kemahiran dalam pentadbiran perniagaan, pengurusan sumber manusia dan aplikasi teknologi maklumat dalam menguruskan perniagaan. Program ini juga menumpukan kepada kemahiran numerasi termasuk Matematik Perniagaan, Statistik dan Perakaunan Kewangan. Selain daripada itu, program juga dirancang untuk menghasilkan tenaga kerja yang beretika dan kompeten agar dapat mempraktikkan pengetahuan dalam pelbagai bidang pengurusan. Sejajar dengan visi dan misi MARA, program ini memberi peluang kepada graduan untuk menjadi pengurus yang berjaya dengan mempunyai minda dan nilai keusahawanan yang sentiasa inovatif dan proaktif.

Tempoh Pengajian bagi program ini adalah 2 tahun (6 semester). Program pengajian telah mendapat pengiktirafan dari Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA), medium pengantar yang digunakan ialah Bahasa Inggeris dan dilaksanakan secara sepenuh masa.

Kod Kelulusan MQA :
 MQA/FA0534

Prospek kerjaya di dalam bidang ini adalah seperti Penolong Pegawai Tadbir, Penolong Pengurus, Penolong Pegawai Sumber Manusia, Penolong Pegawai Pemasaran, Penolong Pegawai Operasi, Penolong Pegawai Khidmat Pelanggan, Agen Insuran dan Usahawan.

Pegawai untuk dihubungi

Noor Faiezah bt Yaakup
Ketua Program
Kolej Profesional MARA Ayer Molek
Phone: +606 2695881 / +606 2695882
Email: noorfaiezah@mara.gov.my

ACCA Foundation in Accountancy (Kod Program : ACCA FIA)

Merupakan sebuah program di bawah Badan Akauntan Berkanun iaitu The Association of Chartered Certified Accountant (ACCA).  ACCA FIA juga merupakan laluan pantas untuk para pelajar melanjutkan pengajian ke peringkat program professional iaitu ACCA.  Kursus ini ditawarkan kepada pelajar lepasan SPM dengan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak ACCA dan Malaysian Qualification Agency (MQA).

Tempoh pengajian bagi program ini adalah 1 tahun (3 semester).  Pelajar-pelajar yang berjaya menamatkan program ACCA FIA adalah diiktiraf setara dengan Kursus Asas (Foundation).  Medium pengantar adalah Bahasa Inggeris dan dilaksanakan secara sepenuh masa.

Prospek kerjaya dalam bidang ini adalah peluang melanjutkan pengajian di dalam bidang perakaunan professional di bawah Badan Akauntan Berkanun, The Association of Chartered Certified Accountant (ACCA).

Pegawai untuk dihubungi

Rozaida bt Abu Shari
Ketua Program
Kolej Profesional MARA Ayer Molek
Phone: +606 2695881 / +606 2695882
Email: rozaida.abu@mara.gov.my

Intensive English Programme (Kod Program : IEP)

Merupakan sebuah program jangka pendek (2 bulan) untuk pelajar yang mendapat sekurang – kurangnya 3 KEPUJIAN dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tetapi TIDAK MENDAPAT KEPUJIAN dalam subjek Bahasa Inggeris.

Tempoh pengajian bagi program ini adalah 2 bulan.  Pelajar-pelajar yang berjaya menamatkan program IEP dengan mendapat sekurang-kurangnya gred C layak memohon untuk meneruskan pengajian di peringkat Diploma KECUALI bagi program Diploma in English Communication (DEC).


Log In

Log In

Log In

Nullam quis risus eget urna mollis ornare vel eu leo. Aenean lacinia bibendum nulla sed 

Get 20% Discount

Sign up to receive updates, promotions, and sneak peaks of upcoming products. Plus 20% off your next order.

Promotion nulla vitae elit libero a pharetra augue