Kolej Profesional MARA
Ayer Molek
(Institusi Pendidikan MARA)
Struktur Program Pengajian
Diploma in Accounting (MQA/FA00531) + Data Analytics (DIA+DA)

Program Diploma in Accounting + Data Analytics (DIA+DA) memberi penekanan kepada kebolehkerjaan graduan melalui penguasaan kemahiran perakaunan dan analisis data yang relevan dengan keperluan industri semasa. Graduan program ini dilengkapi dengan pengetahuan praktikal, kemahiran analitik dan kecekapan digital yang membolehkan mereka bersedia memasuki pasaran kerja atau melanjutkan pengajian dalam bidang berkaitan.

Program ini bertujuan memperkasakan pelajar dengan kemahiran analitikal, penguasaan teknikal dan nilai profesionalisme yang diperlukan dalam kerjaya perakaunan masa kini. Graduan berpeluang menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi atau meneruskan laluan profesional  melalui badan perakaunan bertauliah seperti ACCA dan CIMA.

Objektif program ini adalah untuk menyediakan pendidikan perakaunan di peringkat profesional bagi memenuhi permintaan sektor awam dan sektor swasta. Program ini juga dirancang dengan penandaarasan bersama pihak badan profesional perakaunan di Malaysia iaitu Association of Certified Chartered Accountants (ACCA). Pelajar akan dianugerahkan Diploma in Accounting di akhir pengajian.

Tempoh Pengajian bagi program ini adalah 2 tahun (6 semester). Program pengajian telah mendapat pengiktirafan dari Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA), medium pengantar yang digunakan ialah Bahasa Inggeris dan dilaksanakan secara sepenuh masa.

Kod Kelulusan MQA :
 MQA/FA00531 + Data Analytics

Diploma in Accounting (MQA/FA00531) + Data Analytics + Profesional Huffaz (DIA+DA+PROFAZ)

Program Diploma in Accounting + Data Analytics + Profesional Huffaz (DIA+DA+PROFAZ) mengintegrasikan ilmu perakaunan dan analisis data dengan pembentukan sahsiah serta nilai Profesional Huffaz. Program ini bertujuan melahirkan graduan yang berkemahiran teknikal, celik data dan berintegriti tinggi, sekali gus meningkatkan kebolehkerjaan graduan dalam sektor profesional yang menuntut kompetensi, etika dan nilai Islam.

Program ini bertujuan memperkasakan pelajar dengan kemahiran analitikal, penguasaan teknikal dan nilai profesionalisme yang diperlukan dalam kerjaya perakaunan masa kini. Graduan berpeluang menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi atau meneruskan laluan profesional  melalui badan perakaunan bertauliah seperti ACCA dan CIMA.

Objektif program ini adalah untuk menyediakan pendidikan perakaunan di peringkat profesional bagi memenuhi permintaan sektor awam dan sektor swasta. Program ini juga dirancang dengan penandaarasan bersama pihak badan profesional perakaunan di Malaysia iaitu Association of Certified Chartered Accountants (ACCA). Pelajar akan dianugerahkan Diploma in Accounting di akhir pengajian.

Tempoh Pengajian bagi program ini adalah 2 tahun (6 semester). Program pengajian telah mendapat pengiktirafan dari Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA), medium pengantar yang digunakan ialah Bahasa Inggeris dan dilaksanakan secara sepenuh masa.

Kod Kelulusan MQA :
 MQA/FA0553 + Data Analytics + Profesional Huffaz

Prospek kerjaya dalam bidang ini adalah seperti Accounting Technician, Accounts Assistant, Accounts Executive Assistant, Accounts Payable atau Accounts Receivable Clerk, Audit Assistant, Accounting Team Supervisor, Finance Executive, Management Trainee dan Taxation Agent.

Pegawai untuk dihubungi

Rozaida bt Abu Shari
Ketua Program
Kolej Profesional MARA Ayer Molek
Phone: +606 2695881 / +606 2695882
Email: rozaida.abu@mara.gov.my

Log In

Log In

Log In

Nullam quis risus eget urna mollis ornare vel eu leo. Aenean lacinia bibendum nulla sed 

Get 20% Discount

Sign up to receive updates, promotions, and sneak peaks of upcoming products. Plus 20% off your next order.

Promotion nulla vitae elit libero a pharetra augue