Syarat Permohonan Kemasukan
Calon-calon mestilah memenuhi syarat-syarat umum dan khusus permohonan seperti berikut :
Syarat Umum Calon
- Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa adalah Warganegara Malaysia berketurunan Melayu / Bumiputera / Bumiputera Sabah / Bumiputera Sarawak / Orang Asli Semenanjung;
- Pemohon berumur 18 tahun dan tidak melebihi 35 tahun.;
- Ibu / bapa tidak disenarai hitam oleh MARA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak MARA;
- Pemohon tidak menerima bantuan kewangan dan tajaan dari mana-mana badan penaja atau agensi untuk pengajian pada peringkat yang sama;
- Pemohon perlu lulus pemeriksaan kesihatan dan mendapat pengesahan daripada pegawai perubatan bertauliah;
- Pemohon perlu bebas daripada masalah kesihatan mental dan mendapat pengesahan daripada pegawai perubatan bertauliah;
- MARA mempertimbangkan pemohon berkeperluan khas dengan kemudahan yang terhad; dan
- Sekiranya calon didapati memberikan maklumat palsu, MARA berhak pada bila-bila masa menamatkan atau menarik balik tawaran pengajian.
Syarat Khusus Calon
Memperoleh sekurang-kurangnya 3 KEPUJIAN dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / setaraf termasuk subjek :
1. Bahasa Melayu
2. Matematik
3. Satu (1) subjek lain
4. Lulus Bahasa Inggeris sekurang-kurangnya Gred D
Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mendapat Kepujian (Gred C dan ke atas) dalam subjek Bahasa Inggeris.
Calon yang mendapat Gred D dalam subjek Bahasa Inggeris perlu lulus Program Intensif Bahasa Inggeris (IEP) dengan minimum Gred C.
Memperoleh sekurang-kurangnya 3 KEPUJIAN dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / setaraf termasuk subjek :
1. Bahasa Melayu
2. Dua (2) subjek lain
3. Lulus Matematik
4. Lulus Bahasa Inggeris dengan sekurang-kurangnya Gred D.
Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mendapat Kepujian (Gred C dan ke atas) dalam subjek Bahasa Inggeris.
Calon yang mendapat Gred D dalam subjek Bahasa Inggeris perlu lulus Program Intensif Bahasa Inggeris (IEP) dengan minimum Gred C.
Memperoleh sekurang-kurangnya GRED A- dalam ENAM (6) subjek berikut :
1. Bahasa Inggeris
2. Matematik
3. EMPAT (4) subjek lain
DAN mendapat sekurang-kurangnya Gred B+ dalam subjek Matematik Tambahan.
Memperoleh sekurang-kurangnya 3 KEPUJIAN dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / setaraf termasuk subjek :
1. Bahasa Melayu
2. Dua (2) subjek lain
DAN Lulus Bahasa Inggeris dengan Gred D serta Lulus Matematik dengan minimum gred E
Cara Memohon
Permohonan dibuat secara atas talian (online) di laman sesawang Unit Pusat Institusi MARA (UPIM) http://apponline.mara.gov.my/upimonline
Bagi permohonan ACCA FIA adalah melalui laman sesawang Majlis Amanah Rakyat (MARA) www.mara.gov.my yang akan diiklankan selepas keputusan SPM diumumkan.
Sebarang pertanyaan berkenaan dengan permohonan boleh dibuat dengan menghubungi:-
Unit Pengambilan,
Bahagian Pendidikan Tinggi MARA,
Tingkat 12, Bangunan Ibu Pejabat MARA,
Jalan MARA, 50609 Kuala Lumpur.
di talian 03-26134074 / 03-26134075 / 03-26134076 / 03-26134077 / 03-26134081 atau melalui e-mel upim.bpt@mara.gov.my
Maklumat terkini juga boleh diperolehi melalui saluran media sosial HiEduMARA seperti di bawah: