Struktur Program Pengajian
Diploma in Accounting (DIA) - MQA/FA0533

Program Diploma in Accounting (DIA) di Kolej Profesional MARA dirumus untuk melahirkan graduan yang berkemahiran tinggi, beretika, dan mempunyai daya saing dalam bidang perakaunan. Kurikulumnya menggabungkan teori dan aplikasi praktikal secara holistik, merentasi pelbagai disiplin utama dalam ekositem perakaunan moden.

Program ini bertujuan memperkasakan pelajar dengan kemahiran analitikal, penguasaan teknikal dan nilai profesionalisme tang diperlukan dalam kerjaya perakaunan masa kini. Graduan berpeluang menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi atau meneruskan laluan profesional  melalui badan perakaunan bertauliah seperti ACCA dan CIMA.

Objektif program ini adalah untuk menyediakan pendidikan perakaunan di peringkat profesional bagi memenuhi permintaan sektor awam dan sektor swasta. Program ini juga dirancang dengan penandaarasan bersama pihak badan profesional perakaunan di Malaysia iaitu Association of Certified Chartered Accountants (ACCA). Pelajar akan dianugerahkan Diploma in Accounting di akhir pengajian.

Tempoh Pengajian bagi program ini adalah 2 tahun (6 semester). Program pengajian telah mendapat pengiktirafan dari Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA), medium pengantar yang digunakan ialah Bahasa Inggeris dan dilaksanakan secara sepenuh masa.

Kod Kelulusan MQA :
 MQA/FA0553

Prospek kerjaya dalam bidang ini adalah seperti Accounting Technician, Accounts Assistant, Accounts Executive Assistant, Accounts Payable atau Accounts Receivable Clerk, Audit Assistant, Accounting Team Supervisor, Finance Executive, Management Trainee dan Taxation Agent.

Pegawai untuk dihubungi

Rozaida bt Abu Shari
Ketua Program
Kolej Profesional MARA Ayer Molek
Phone: +606 2695881 / +606 2695882
Email: rozaida.abu@mara.gov.my

Log In

Log In

Log In

Nullam quis risus eget urna mollis ornare vel eu leo. Aenean lacinia bibendum nulla sed 

Get 20% Discount

Sign up to receive updates, promotions, and sneak peaks of upcoming products. Plus 20% off your next order.

Promotion nulla vitae elit libero a pharetra augue