Perpustakaan KPM Ayer Molek (KPMAM) telah diwujudkan sejak tahun 2009, selaras dengan pembukaan kolej.
Perpustakaan KPMAM menjalankan pelbagai aktiviti serta penganjuran program yang berkaitan dengan perkhidmatan perundingan dan khidmat nasihat serta perkongsian maklumat bagi memenuhi keperluan perniagaan teras (core business) pengguna di KPMAM.
Peranan perpustakaan sebagai pendukung aktiviti pembelajaran dan pengajaran, perpustakaan tetap terus relevan dengan penyediaan pelbagai kemudahan dan fasiliti serta bahan-bahan rujukan secara fizikal mahupun digital.
Koleksi Perpustakaan :
6829 - Buku Bercetak (Naskhah)
461 - Bahan Digital
2253 - Terbitan Jabatan
1 - Pengkalan Data dalam talian
Sebelumnya
Seterusnya
Visi & Misi Perpustakaan
Visi – Menyediakan koleksi yang berkualiti dan mantap serta kemudahan dan perkhidmatan yang berkesan seiring dengan perkembangan kolej
Misi – Mengurus dan menyediakan bahan maklumat serta kemudahan bagi menyokong proses pengajaran, pembelajaran dan perundingan bagi pembangunan kolej
Objektif Perpustakaan
Mewujudkan pentadbiran dan pengurusan perpustakaan yang berkualiti.
Menyediakan perkhidmatan mengakses maklumat yang lengkap, tersusun dan terkini dalam persekitaran yang kondusif.
Memupuk budaya ilmu dalam kalangan masyarakat kolej sebagai masyarakat yang berilmu dan berpengetahuan.
Mewujudkan sumber tenaga masyarakat kolej yang cemerlang dalam setiap bidang ilmu.
Piagam Pelanggan Perpustakaan
Meyampaikan perkhidmatan mesra pengguna kepada pengguna perpustakaan.
Sirkulasi proses disiapkan dalam masa satu (1) minit.
Bahan baru perpustakaan didepositkan dalam masa dua minggu dari tarikh penerimaan.
Memastikan pendaftaran keahlian pengguna baru yang menggunakan borang dibuat dalam tempoh 3 minit bagi setiap pengguna selepas penerimaan borang.
Kemudahan Perpustakaan
Sudut Biblioterapi
Bilik Diskusi
Ruang Santai
Internet
Bilik Karel
Lokar
Ruang Bacaan
Komputer
Perkhidmatan Perpustakaan
Pinjaman & Pemulangan
Katalog Awam atas Talian
Perkhidmatan Pinjaman Melalui Pos
Pinjaman Antara Perpustakaan (PAP)
Laman Web Perpustakaan
Pegawai untuk dihubungi
Sharifah Rafidah binti Wan Bagus Pustakawan Kolej Profesional MARA Ayer Molek Phone: +606 2695881 / +606 2695882 Email: rafidah.bagus@mara.gov.my Laman web perpustakaan : https://sites.google.com/view/kpmamlibrary/laman-utama