Surau
Kehidupan Kampus
Pusat Islam As-Solihien KPMAM
KPMAM mempunyai sebuah surau dua(2) tingkat atau kini dikenali dengan nama Pusat Islam As-Solihien yang terletak berhampiran dengan asrama siswa dan siswi. Pelbagai aktiviti keagamaan turut diadakan bagi memenuhi keperluan rohani para pelajar. Kedudukannya yang strategik serta kondusif dapat membantu pelajar dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti keagamaan. Pusat Islam As-Solihien KPMAM juga telah diiktiraf oleh Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) sebagai tempat solat Jumaat berikutan berlakunya pandemik Covid-19.
Pusat Islam menyediakan platform menderma secara bulanan yang pertama di Melaka dan surau IPT di Malaysia melalui InfaqPay bagi tujuan pemerkasaan kerohanian pelajar/staf/warga KPMAM dan masyarakat sekitar.
"Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui".
"Apapun harta yang kalian infakkan maka Allah pasti akan menggantikannya, dan Dia adalah sebaik-baik pemberi rezeki."
Klik untuk Tabung Imarah dan Pembangunan Pusat Islam Kolej Profesional MARA Ayer Molek Melaka
Kemudahan Pusat Islam As-Solihien
- Tempat solat berjemaah dilengkapi penyaman udara
- Dilengkapi dengan kitab suci Al-Quran dan sejadah
- Dilengkapi telekung yang bersih bagi kemudahan Muslimah
Perkhidmatan Pusat Islam As-Solihien
- Menganjurkan program keagamaan dan kerohanian
- Menganjurkan Bacaan Yasin setiap minggu
Pegawai untuk dihubungi
Ustaz Abdul Naim bin Mohd Salim
Pengerusi Pusat Islam As-Solihien
Kolej Profesional MARA Ayer Molek
Phone: +606 2695881 / +606 2695882
Email: naim.salim@mara.gov.my